Wednesday, 14 February 2018

Kedai Servis Aircond Kereta Murah, Bangi

bebaru ni kereta comel sistur aircond rosak
memang pun da lama perasan
sebab bila berhenti lama jer aircond jadi panas
maklumlah kereta dah tua kan
then, pergi gak bawa gi workshop
ada dua workshop kata kena tukar compressor
pening gak la kepala
harga boleh tahan mahal
tapi kalau terpaksa apa nak katakan
tak larat kot kalau nak ber'sauna' dalam kereta


hasil dari En Google, kami pun jumpalah satu kedai
owner dia orang melayu
feedback semua tengok okay
so pepagi try call kata nak datang
sesampai jer kedai owner dia da tunggu
dia terus tengok kereta dan identify apa masalah
alhamdulillah, dia kata bocor jer
tapi bunyi kompressor mmg agak kuat
dia cuba utk letak minyak dulu
iyerlah daripada nak tukar baik repair kalau boleh
alhamdulillah, tak sampai dua jam
kereta dah siap dan aircond pun da sejuk
so, mende baik ni sistur nak share dengan korang
mana tahu ada yang mencari kedai aircond
bolehlah mencuba dekat kedai abang ni

area tempat tu pun senang nak makan
sementara nak menunggu tu korang leh makan-makan dulu
kalau memana nak shopping pon boleh
kedai dekat area Sup Urat Keting, Bangi tu
Landmark dia sebaris dengan Open University Bangi tu
tepi jalan jer korang...
atau nak senang leh jer call direct Encik Suid ni
no telefon ada kat bawah ni yer...

harap dapat membantu korang selesaikan masalah
panjang-panjangkanlah agar ramai mendapat manfaatnya
tentang harga pun amat berpatutan
kira boleh bincang lagi laah...
selamat mencuba

Wednesday, 24 January 2018

Resepi Ayam Paprik Sedap dan Mudah

Antara resepi yang mudah kalau nak masak
memang paprik lah yang menjadi pilihan
bukan ape...sekali masak tapi lengkap dah masakan kita
apa tak nyer kan, sayur ada, ayam atau daging atau seafood pon ada
so memang amat mudah
dah siap paprik, sedap makan dengan telur dadar jer
kena plak  nasi panas...memang berselera jer laa
suami bertambah-tambah nasi dibuatnya

so arini mak essah nak sharekan resepi mudah ni
kacang jer laaaa
bahan-bahan pun tak delah payah beno nak mengingatnya
so, check it out babeh!


















Bahan-bahan: (2 orang makan)

Daging/Ayam/Udang/Sotong (ikut pilihan hati)
2 biji bawang putih (diketuk)
1 biji bawang besar (dihiris)
2 sudu besar lada kisar
1/2 lobak merah
1 bungkus jagung (dipotong ikut suka)
1/2 lada benggala (dihiris atau dipotong ikut suka)
Bunga kobis (agak2 dengan sayuran di atas)
Sedikit daun limau purut
Garam
3 1/2 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tiram
Sedikit air
Minyak (untuk menumis)

Cara memasak:

1. Pastikan daging direbus terlebih dahulu dan dihiris nipis mengikut kehendak memasing.  Saya biasa akan guna daging batang pinang bagi memudahkan masakan.

2. Masukkan sedikit minyak masak dan tumiskan bawang putih yang telah diketuk bersama lada kering yang dikisar.  Tumis sehingga naik bau dan lada nampak matang  dan masukkan daging masukkan daging/ayam/udang/sotong dan digaul dengan sebati supaya rasa akan meresap dalam bahan utama tersebut.  Kemudian masukkan sos cili dan sos tiram mengikut bahan yg sedia ada dalam kuali (agak-agaklaa berapa banyak tu). 

3. Tuangkan sedikit air dan disusuli dengan karot, bunga kubis bagi memastikan bahan ini lembut terlebih dahulu.  Masukkan juga daun limau purut bagi menambah aroma masakan tersebut.

4. Apabila masakan kelihatan mengelegak, masukkan jagung, lada bengala dan bawang besar.  Letakkan sedikit garam.  Jika mahu letak perasa dipersilakan tetapi saya masak tak guna serbuk perasa.  Hanya garam sahaja.  Seterusnya boleh dihidang apabila masakan siap dimasak.

Selamat mencuba....

Salam Perkenalan dari Mak Essah

Assalamualaikum dan salam tahun baru....
masih tak terlewat lagi rasanya nak wish tahun baru kan...
confirm-confirm salah satu azam tahun baru korang mesti nak DIET kan?
sapa yang ada macam tu kita sama

sejak umur makin meningkat ni
memang selalunya berat badan sukar dikawal
tapi redho ajer laaa
yang penting kita amalkan gaya hidup yang sihat ye
bukan apa, sihat tu penting sebab kita nak beribadat,
nak pergi kerja pun senang, tak gitu?

ini first entry untuk my new blog
actually sistur pernah ada blog lain
tapi sistur tak suka lah sebab ramai makcik bawang
so, tak kisah pun nak baca blog ni tapi bukan stalker
then membawang plak lepas tu kan..?

sistur buat blog sebagai diari sistur jer
leh share many tips dan share apa yg sistur rasa boleh bantu reader
so jangan kecam sistur okeh
yang baik tu dari Allah dan yang tak tu dari diri sistur sendiri
salam perkenalan semuaa...
byeeee
muahhh
 

Makk.Essah.Life Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting