Antara resepi yang mudah kalau nak masak
memang paprik lah yang menjadi pilihan
bukan ape...sekali masak tapi lengkap dah masakan kita
apa tak nyer kan, sayur ada, ayam atau daging atau seafood pon ada
so memang amat mudah
dah siap paprik, sedap makan dengan telur dadar jer
kena plak nasi panas...memang berselera jer laa
suami bertambah-tambah nasi dibuatnya
so arini mak essah nak sharekan resepi mudah ni
kacang jer laaaa
bahan-bahan pun tak delah payah beno nak mengingatnya
so, check it out babeh!
Bahan-bahan: (2 orang makan)
Daging/Ayam/Udang/Sotong (ikut pilihan hati)
2 biji bawang putih (diketuk)
1 biji bawang besar (dihiris)
2 sudu besar lada kisar
1/2 lobak merah
1 bungkus jagung (dipotong ikut suka)
1/2 lada benggala (dihiris atau dipotong ikut suka)
Bunga kobis (agak2 dengan sayuran di atas)
Sedikit daun limau purut
Garam
3 1/2 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tiram
Sedikit air
Minyak (untuk menumis)
Cara memasak:
1. Pastikan daging direbus terlebih dahulu dan dihiris nipis mengikut kehendak memasing. Saya biasa akan guna daging batang pinang bagi memudahkan masakan.
2. Masukkan sedikit minyak masak dan tumiskan bawang putih yang telah diketuk bersama lada kering yang dikisar. Tumis sehingga naik bau dan lada nampak matang dan masukkan daging masukkan daging/ayam/udang/sotong dan digaul dengan sebati supaya rasa akan meresap dalam bahan utama tersebut. Kemudian masukkan sos cili dan sos tiram mengikut bahan yg sedia ada dalam kuali (agak-agaklaa berapa banyak tu).
3. Tuangkan sedikit air dan disusuli dengan karot, bunga kubis bagi memastikan bahan ini lembut terlebih dahulu. Masukkan juga daun limau purut bagi menambah aroma masakan tersebut.
4. Apabila masakan kelihatan mengelegak, masukkan jagung, lada bengala dan bawang besar. Letakkan sedikit garam. Jika mahu letak perasa dipersilakan tetapi saya masak tak guna serbuk perasa. Hanya garam sahaja. Seterusnya boleh dihidang apabila masakan siap dimasak.
Selamat mencuba....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment